Friday, June 18, 2010

Tip-tip tentang Cd

  • Sebelum guna CD basuh dahulu, iaitu basuh tanpa sabun, jemur (hingga kering!) dan basuh semula. Ulang sebanyak 3 kali. Ini bagi membolehkan CD menyerap dgn lebih baik.
  • Bagi one size pocket diaper, untuk memakainya, sila setkan saiz (sama ada S atau M). Kemudian masukkan insert ke dalam poket dan sedia dipakaikan pada bayi seperti anda memakaikan 'pampers' (setting size itu tidak perlu dibuka apabila basuh).
  • Utk penggunaan biasa/ siang hari hanya perlu masukkan 1 insert dan utk malam boleh la gunakan 2 insert.
  • Jangan letak insert terus kepada kulit bayi (merujuk kepada insert microfiber), kerana materialnya begitu kuat menyerap dan akan menyerap lembapan semulajadi pada kulit bayi.
  • Satu CD biasanya boleh dipakai selama 3-4 jam (bergantung pada kebasahan atau sehingga baby poop).

No comments:

Post a Comment